Inilah 5 Perkara Yang Tak Sangka Boleh Berlaku Di Konsert Akhir Big Stage Tajaan Vivo

featured image

Selepas tujuh minggu, akhirnya program realiti tajaan Vivo, Konsert Big Stage dah masuk minggu akhir. Siapakah artis BBNU (Budak Baru Nak Up) yang bakal menjadi juara di Konsert Big Stage Musim Pertama? Debaran anda akan terjawab nanti, jangan risau!

Konsert Akhir Big Stage berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada hari Ahad lepas. Konsert ini diacarakan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad. Konsert akhir memang lain daripada minggu sebelumnya. Apa kelainan tu?

Finalis menyanyikan lagu cover secara solo & lagu single baharu mereka

Di Konsert Akhir Big Stage, kelima-lima finalis iaitu Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima menyanyikan dua lagu iaitu Cover Solo dan Single Baharu. Persembahan mereka lebih kreatif dan bertenaga. Maklumlah dah final. Fuh!

Juri konsert akhir ada empat orang, bukan tiga okay!

Kalau sebelum ni hanya tiga orang sahaja juri, tapi kali ni ada empat orang! Juri tetap macam biasa, Faizal Tahir dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Paling terkejut, sekali lagi Mas Idayu dan Mark Adam dipanggil menjadi juri jemputan di Konsert Akhir Big Stage. Memang happening!

Penampilan istimewa penyanyi remaja dari luar negara, Alec Benjamin

Konsert Akhir Big Stage diserikan dengan penampilan istimewa penyanyi remaja dari Amerika Syarikat, iaitu Alec Benjamin. Dia menyanyikan single terbarunya yang berjudul Let Me Down Slowly. Dahlah kacak, suara pun sedap! Perempuan pasti cair bila dengar suaranya.

Bukan peserta sahaja, juri tetap pun menyanyikan lagu terbaru mereka

Eh, bukan peserta sahaja yang ada lagu baru tau. Juri tetap pun ada! Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Kisah Ku Inginkan bersama Alif SatarFaizal Tahir pula menyanyikan lagu barunya berjudul Ragaman. Paling kelakar, Sherry pun ikut menari atas pentas dengannya.

Jadi, siapa juara Konsert Big Stage Musim Pertama? Jeng jeng jeng… ๐Ÿ˜

Sarah Suhairi menjuarai Konsert Big Stage Musim Pertama, girls power!

Sarah Suhairi telah menjuarai Konsert Big Stage Musim Pertama. Persembahan Sarah yang sentiasa konsisten setiap minggu membuatkannya layak memegang gelaran juara. Tahniah Sarah! ๐Ÿ˜

Di bawah ni kami kongsikan markah dan kedudukan finalis di Konsert Akhir Big Stage. ๐Ÿ˜Ž Sangat surprise!

Juara Konsert Big Stage Musim Pertama, Sarah Suhairi membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro. Manakala naib juara, Syafiq Farhain dan tempat ketiga, Afieq Shazwan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Wani Kayrie dan Baby Shima. Untuk makluman, Wani Kayrie memenangi wang tunai bernilai RM10,000 manakala Baby Shima menerima wang tunai bernilai RM5,000. Masing-masing juga mendapat trofi sumbangan Astro.

Dengan itu, berakhirlah perjuangan lima orang finalis yang berjaya bertahan sehingga sekarang. Lega rasanya! ๐Ÿ˜‹

Penaja utama Konsert Big Stage, Vivo memperkenalkan smartphone terbaru, Vivo V11

Vivo sebagai penaja utama Konsert Big Stage Musim Pertama, memperkenalkan smartphone terbaru, Vivo V11. Ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada skrin dan kamera AI yang memberikan rakaman sempurna. Hebat betul! ๐Ÿ’ƒ

Vivo V11 dah pun berada di pasaran dengan dijual dengan harga RM1,699 di seluruh negara. Boleh dapatkan Vivo V11 di Vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Anda pasti nampak bergaya jika memiliki Vivo V11 ini. Dapatkan dengan segera! ๐Ÿคณ

http://www.buahciku.com/inilah-5-perkara-yang-tak-sangka-boleh-berlaku-di-konsert-akhir-big-stage-tajaan-vivo/

Comments