Bayi sering alami muak susu (kolik) dan sembelit kerana masalah aliran susu atau saluran usus sekaligus menyebabkan bayi rasa kurang selesa.
Untuk membantu kalian, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan mengajar anda cara urut bayi yang betul supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan ini.
Pada peringkat terakhir kolik, bayi akan menangis lebih dari tiga jam sehari atau setiap minggu. Sekaligus, ia menimbulkan tekanan dari pelbagai sudut sama ada kepada bayi atau ibu bapa.
Sebelum urut bayi, perhatikan tanda-tanda sembelit seperti perut keras, menangis sebelum berak, kekeringan (najis keras) dan kurang membuang najis dalam seminggu.
12 cara urut bayi kolik dan sembelit, jom kita cuba!
Kredit : In life health care
Walaupun sembelit dan kolik sering mencetuskan rasa panik anda, namun ia adalah normal. Akan tetapi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba cara urut bayi yang berkesan ini supaya bantu ketidakselesaan si kecil.
Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi.
- Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap anda.
- Semasa mengurut, fikirkan perut bayi seperti jam dengan kedudukan jam 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha serta jam 3 dan 9 di kiri kanan.
- Gunakan hujung jari anda, dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anda teruskan urutan.
- Ambil sedikit minyak bayi dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama minyak tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari.
- Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke arah pangkal paha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga anda mendapat gerakan 'roda air'.
- Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan.
- Mulakan dengan 'gerakan matahari' iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut yang berakhir pada jam 7.
- Bergerak ke 'gerakan bulan sabit' Dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.
- Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari, sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.
- Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan.
- Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.
- Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai.
Cara urut bayi ini berkesan untuk memulihkan kolik dan sembelit si kecil. Tapi ia juga mewujudkan masa yang istimewa untuk ibu dan bayi dengan penjagaan yang penuh kasih sayang.
Semoga perkongsian dan maklumat ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Penulis asal Felicia Chin. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Comments
Post a Comment