Baru Berusia 6 Tahun Sudah Raih RM44 Juta Menerusi Youtube, Siapa Kanak-Kanak Cilik Ini?

featured image

Untuk pengetahuan anda, bagi tahun 2017 Forbes ada mengeluarkan satu senarai pemilik akaun Youtube yang mempunyai bayaran paling tinggi dan ia menampilkan beberapa saluran menarik yang meraih lebih dari USD$127juta (RM518,236,000) dari Jun 2016 hingga Jun 2017.

KANAK-KANAK MENDAPAT BAYARAN PALING MAHAL!

Keputusan bagi pemilik akaun yang paling mahal berada di atas jatuh kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang dikenali sebagai Ryan from RyanToysReview!

Memang luar dari jangkaan, kanak-kanak ini tidak perlu bekerja dengan keras untuk meraih pendapatan sebanyak USD $11juta (RM44,880,000) dengan hanya menjadi tumpuan utama di YouTube. Si cilik ini hanya perlu membuat ulasan mengenai barang permainan yang baru di pasaran sahaja.

Walaupun antara persaingannya terdiri daripada orang dewasa, namun Ryan mempunyai lebih 10 juta pengikut dan kebanyakan videonya telah ditonton lebih 16 juta kali. Memang banyak! Lebih menggemari mainan seperti kereta api, Thomas and Friends, Lego dan Disney, Ryan juga selalu bereksperimen dengan barang mainannya untuk menjadi lebih menarik.

Ibu bapa Ryan memulakan saluran Youtube ini pada Mac 2015 dan telah berjaya menarik perhatian penonton YouTube selepas video Ryan membuka ‘telur gergasi’ yang penuh dengan mainan dari filem Cars, terbitan Disney. Bukan itu sahaja, video menarik itu telah ditonton lebih 800 juta kali sehingga Disember, 2017!

*Kecil-kecil dah kaya kan? Jom kita cuba buat video kreatif dengan anak-anak, mana tahu bernasib baik pula.

Sumber : Astro Awani

http://www.buahciku.com/baru-berusia-6-tahun-sudah-raih-rm44-juta-menerusi-youtube-siapa-kanak-kanak-cilik-ini/

Comments