Gadis Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Pos FB yang Menyayat Hati Selepas Berjuang dengan Kanser

featured image
Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Inilah sebuah kisah menyedihkan yang baru berlaku. Sediakan tisu guys!

Jesselyn Ng, seorang guru seni yang disenangi ramai di Singapura ini menghidap kanser seawal usia 21 tahun.

Capture

Perjuangan Jesselyn menentang penyakit yang tiada penawar itu hanya bertahan selama 10 bulan sebelum beliau koma. Hidup beliau bergantung dengan mesin sokongan hayat dan tidak lama kemudian, kedua ibu bapa Jesselyn terpaksa membuat keputusan untuk mengakhiri bantuan alat tersebut kerana tidak sanggup lagi melihat penderitaan anak mereka.

Capture1Capture2

Selepas mesin sokongan hayat dimatikan, Jesselyn hanya dapat bertahan selama 5 hari. Kakak sulung beliau membuat keputusan untuk post status di Facebook milik Jesselyn sebagai tanda penghargaan dan memberitahu semua adiknya sudah pergi dan tidak kuat lagi untuk melawan penyakitnya itu.

Ketika di hari-hari terakhirnya, kakak Jesselyn sempat menulis kata-kata yang ingin beliau sampaikan melalui laman Facebook (diterjemahkan dari Bahasa Inggeris):

Kepada semua yang sayang dan ambil berat tentang saya:

Hari ini saya ingin ucapkan selamat tinggal. Selepas 10 bulan saya berjuang dengan penyakit kanser ini, saya sudah bersedia untuk pergi. Doktor sudah anggap mengubati saya adalah perbuatan yang sia-sia kerana tiada apa yang boleh mereka lakukan lagi.

Saya tidak tahu bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini dan bagaimana penyakit ini boleh ambil nyawa saya dengan sangat mudah. Saya tidak berpeluang untuk berterima kasih kepada semua yang menyayangi saya dan memberi semangat sepanjangan perjuangan saya melawan penyakit ini.

Terima kasih semua. Keluarga, kawan-kawan, juga kepada kawan-kawan yang sudah lama saya tidak hubungi atau jumpa dan semua yang hadir, terima kasih. Terima kasih kerana datang untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada saya. Terima kasih di atas surat-surat anda dan sentiasa mengingati saya. Memori indah selama 21 tahun ini akan saya bawa bersama-sama saya.

Papa, mummy and Jiejie, terima kasih kerana menjaga saya tanpa mengenal erti penat lelah sepanjang tempoh saya cuba untuk berjuang. Walaupun ada tuntutan kerja, anda tidak pernah lupa untuk fikirkan tentang saya. Terima kasih di atas pengorbanan masa dan waktu tidur hanya semata-mata untuk bersama saya dan memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang.

Betapa sedihnya saya melihat anda semua risau dan menangis selama ini. Jangan menangis lagi, saya di tempat yang lebih baik sekarang. Saya sudah tidak perlu menderita dan menanggung kesakitan lagi. Saya tidak mahu lihat anda semua bersedih lagi, bergembiralah ok? 🙂

Saya sangat terharu dengan kasih sayang yang saya terima sepanjang saya dalam tempoh berjuang melawan penyakit. Saya janji akan baik-baik sahaja dan gembira kemana pun saya pergi selepas ini.

Jangan risau tentang saya, saya akan baik-baik sahaja. Saya berharap dapat berjumpa anda lagi selepas ini. Sementara itu, saya akan bawa kasih sayang anda semua bersama saya.

Selamat tinggal semua <3

Sayang selalu,

Jesselyn (TinynMighty)

 

Ucapan selamat tinggal Jesselyn telah menyentuh hati ramai orang.

Ucapan manis beliau akan sentiasa diingati oleh mereka yang menyayangi dan disayanginya. Semoga mereka semua kuat menerima pemergian Jesselyn.

Ambillah iktibar dengan ucapan beliau, jangan terlalu fokus dengan sesuatu hingga anda lupa untuk hargai apa yang anda ada sekarang termasuk orang di sekeliling anda. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada dalam hidup anda sekarang.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
http://www.buahciku.com/index.php/2016/09/01/gadis-ucapkan-selamat-tinggal-dalam-pos-fb-yang-menyayat-hati-selepas-berjuang-dengan-kanser/

Comments