Seorang profesor dari Universiti Harvard, Dr. Karin Michels mengatakan minyak kelapa adalah racun. Betul ke?
Kenapa dan apa penjelasan beliau tentang hal ini? Ada sokongan sains ke? Jom kita semak.
Minyak kelapa: Baik atau tidak?
Di Asia, kita menggunakan minyak kelapa untuk memasak dan secara topikal – pada kulit dan rambut kita dan bayi kita.
Ada juga mengatakan, setiap bahagian pokok kelapa ada kegunaannya. Airnya yang manis, isi yang dibuat minyak, daun untuk membuat pondok dan batang untuk membuat bot.
Jadi sangat mengejutkan apabila profesor dari Harvard ini memanggilnya sebagai racun dalam video di YouTube yang mendapat tontonan hingga 1.3 juta ini.
Selepas mendapat kecaman di Internet, dia telah meminta maaf kepada orang ramai dan mengatakan yang pemilihan perkataannya itu tak tepat.
Dia hanya mahu memberitahu tentang lemak tepu dalam minyak masak dan ia perlu digunakan dengan berhati-hati.
Lemak adalah sebahagian daripada nutrisi penting yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jenis dan kuantiti lemak yang salah boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung.
Minyak kelapa mengandungi 87% lemak tepu. Minyak zaitun atau minyak sayuran pula hanya mengandungi 14% lemak tepu.
Jadi, walaupun ia boleh meningkatkan rasa makanan, minyak kelapa boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan pada jantung anda berbanding minyak sayuran.
Tapi ia juga mempunyai beberapa kelebihan. Seperti lemak lain yang datang dari tumbuhan, ia mengandungi vitamin lemak larut – A, D, E dan K.
Ia juga mengandungi mengandungi asid lemak rantaian sederhana lebih-lebih lagi asid laurik. Asid lemak rantaian sederhana dikatakan kurang menggemukkan.
Bagaimana pun, peratus lemak tepu telah mengatasi kelebihannya jika digunakan sebagai sumber utama lemak.
Minyak kelapa: Apa yang anda perlu lakukan?
Lemak adalah penting tapi ia mendatangkan masalah. Jadi kita perlu memilih jenis dan kuantiti lemak yang betul.
1. Guna minyak yang betul. Lemak polyunsaturated adalah yang paling selamat, jadi gunakan minyak seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahati atau minyak soya untuk memasak.
Pastikan anda periksa kuantiti anda, hanya kerana ia bagus, tak semestinya anda perlu gunakan dengan banyak.
2. Gunakan lemak tepu dengan berhati-hati. Kawal makanan yang mempunyai lemak tepu seperti butter. Ia bukanlah racun seperti yang dikatakan tapi lebih baik untuk anda kawal penggunaannya.
3. Plih makanan yang betul. Avokado adalah lemak yang baik seperti biji bunga matahari. Seimbangkan keperluan lemak anda dengan mengawal makanan anda.
Walaupun profesor tersebut telah meminta maaf, ini tak bermakna yang minyak kelapa ada baik. Walaupun ia sedap, anda tak perlu menambahnya dalam setiap hidangan anda.
Ia juga selamat untuk digunakan ke atas kulit cuma jangan tambah dengan bahan-bahan lain yang anda tak tahu keselamatannya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Anay Bhalerao dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
Minyak bawang putih ini cukup 'power', ia boleh legakan batuk anak anda!
Comments
Post a Comment