Perenang Malaysia Welson Sim telah membanggakan Malaysia selepas menewaskan juara Olimpik, Mark Horton dari Australia dengan meraih pingat emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki di Mare Nostrum Tour di Monte Carlo, Monaco.
Bukan sahaja menang dan menewaskan juara Olimpik, atlet berusia 20 tahun itu malah turut berjaya memecah rekodnya sebelum ini iaitu 3:50:33 pada Mac 2016 di Singapura dengan rekod terbaru dibuat oleh Welson iaitu 3:49:48!
Welson Sim yang dilahirkan di Kuching, Sarawak juga merupakan atlet Malaysia kedua yang menang di Mare Nostrum Tour selepas Phee Jing En yang memenangi acara 50m kuak dada tahun lepas.
Mark Horton memenangi tempat kedua dengan rekod masa 3:50:13 sementara perenang dari China, Qiu Ziao di tempat ketiga dengan rekod 3:51:18.
Kemenangan Welson telah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudian mengucapkan tahniah di akaun Twitter.
Tahniah perenang kita Welson Sim, raih pingat emas di kejohanan Monaco, pecah rekod kebangsaan dan tewaskan juara Olimpik! Manis kemenangan ini”
Welson mula melibatkan diri dalam kelas renang di usia 10 tahun dan menyertai kejohanan renang pertamanya pada usia 11 tahun, mengambil bahagian dalam Piala Presiden di Sarawak. Ibunya merupakan mentor dan sokongan utama yang diperoleh untuk sentiasa melakukan yang terbaik.
Kepada yang masih belum mengenali Welson, ini serba sedikit maklumat mengenai perenang muda itu.
Nama: Welson Sim Wee Sheng
Tarikh lahir: 29 Mac 1997
Tinggi: 1.81cm
Berat: 70kg
Tahniah diucapkan kepada Welson Sim dari team Lobak Merah. Terima kasih kerana membuat seluruh rakyat Malaysia bangga dan membuktikan bahawa Malaysia memang boleh!
Baca: Anak Penoreh Getah Dari Kuala Pilah Cipta Sejarah di Universiti Michigan, Amerika Syarikat
Comments
Post a Comment