“Btw I’m not a liar, I’m a lion…rawrrr”- Scammer Kena ‘Nganjing’ Teruk Dengan Lelaki Ni Sampai Give Up!

Spesis-spesis scammer kat Malaysia ni dah membiak dengan jayanya, kalau kita tengok kat media sosial dah macam cendawan tumbuh selepas hujan bilangan mereka ni.
Disebabkan akal dorang yang ‘panjang’ ni, maka ramai dah jadi mangsa malah siap ‘jatuh cinta’ lagi dengan penipu-penipu ni.
Kisah yang admin nak ceritakan ini adalah sebaliknya, bila ‘scammer’ ni pulak yang kena game.
Pemilik akaun instagram ameenazizul ni kongsi cerita dia sendiri kat admin, macam mana dia mula ditegur oleh scammer ‘duit syiling’ , ameen kata scammer ni siap bagi salam lagi okay.
Ditegur scammer…
Ameen ingat scammer tu akan berhenti sampai situ, rupanya….
Bila scammer ni ingat jerat dia mengena, dia mintak nombor pulak.
So Ameen cakap lah yang dia tak ada nombor whatsapp, tapi ade instagram je…bijak juga si ameen ni hahaha
So bermulalah sesi rundingan ‘jual beli’ duit syiling.
“Gambar duit syiling ambil kat google jer” – Ameen
Tak cukup gambar google syiling RM1 , Ameen google syiling sen pulak.
Rarest collection katanya…
So bila scammer ni nampak Ameen ada banyak collection duit syiling, dia pun tunjuk la minat untuk beli syiling Ameen ni, siap nak bayar pakai dollar lagi guys!
Padahal dia tak tahu yang Ameen ni pun boleh tahan kaki kelentong jugak, just google je gambar.
“Yes i want dollar! I can be rich like Kim Kardashian” – Ameen
So nak dijadikan cerita, maka terjadilah jual beli antara Ameen dengan si scammer.
Siap Ameen janji nak ambik duit tu malam yang sama juga, paling tak boleh blah si Ameen ni siap bagitau yang dari Ulu Yam ke Indonesia ambik masa 10 minit je..Panjang akal si Ameen ni haha.
Siap ber ‘dear‘ ‘i love you‘ ‘muah‘ lagi….
Part ni paling best, bila scammer ni offer USD 57,000 guys! Ameen siap mintak tambah 20 sen.
Yes! Its a deal…
Lepas je dah deal amount, Ameen pun bagi nombor akaun bank dia iaitu 00043MAK544KAU7899.
Lepas tu……..
Nah! Scammer ni mungkin dah tau yang Ameen bagi nombor akaun palsu, so dia cakap Ameen ni penipu.
Siap bye bye lagi, tapi Ameen tak give up dia melawan! hahaha…
“Btw I’m not a liar, I’m a lion…rawrrr!” – Ameen
So admin contact lah di Ameen ni, nak tanya kenapa dia lakukan sedemikian rupa kepada scammer tu.
Ni jawapan Ameen..
Aku google gambar syiling on the spot..
Ameen siap share lagi akaun instagram scammer tu.
Dia nk scam kita, kita scam dia balik….
So guys kat luar sana, korang hati-hati okay! Kalau ada scammer kacau korang, apa kata korang jadi macam Ameen, ada lah sikit hiburan kan.

Comments
Post a Comment