GEMPAR! “Disentuh” Jin Ketika Menonton Munafik 2

featured image
Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Selepas mengutip RM30 juta hanya dalam masa 10 hari tayangan, kini gempar dengan kejadian-kejadian aneh penonton di “sentuh” jin ketika menonton cerita Munafik 2 di pawagam.


Sumber: Kosmo

Meringis dan meraung kepanasan

Di Twitter, gempar apabila seorang lelaki meraung ‘Panas panas’ seolah-olah dia sedang dirasuk oleh sesuatu. Lelaki tersebut terbaring dan meringis kesakitan dan orang ramai yang ada di tempat kejadian turut terkejut dengan kejadian itu. Nasib baik ada yang sempat rakam!

 

Sumber: Twitter

Dikatakan kejadian tu berlaku ketika penonton belum sempat habis menonton filem tersebut di sebuah pusat membeli belah di Kerteh Terengganu, semalam. Bayangkan, belum sempat habis dah jadi benda pelik-pelik macam ni…seramnya!

Buang jin dalam badan manusia

Ada yang mengatakan, kehebatan ayat suci Al-Quran termasuk ayat Ruqyah’ yang digunakan untuk membuang jin dalam badan manusia.

Netizen-netizen di Twitter juga turut memberi komen tentang kejadian yang berlaku disebabkan kehebatan ayat suci tersebut.


Sumber: Twitter

Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof pun turut memberi komen tentang kejadian ni. Katanya memang bukan gimik dan bukan dari dia atau pihak produksi.


Sumber: Twitter

Ok siapa belum tengok Munafik 2? Better korang pergi tengok sekarang dan rasakan sendiri keseraman filem ni!

Baca: Watak Ayah Pin Dalam Munafik 2? Jom Kita #Throwback Pasal Ajaran Sesat Ni

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
http://www.buahciku.com/gempar-disentuh-jin-ketika-menonton-munafik-2/

Comments