“Make sure kau duduk diam dalam rumput tu, jangan gerak..”- Bila Perempuan First Time Main PUBG, Memang Lawak Habis..

Sebelum ni macam-macam kisah kita dengar pasal PUBG Mobile, iaitu permainan dalam talian yang popular sampai sekarang ni.
Kalau korang selalu nampak orang yang melekat dengan handphone dalam tren, kat kedai mamak, even kat depan tv dalam rumah, admin sure yang dorang tengah main PUBG ni..termasuk adik admin sendiri..cehh!
Malah golongan lelaki, especially suami-suami di luar sana selalu kena bebel dengan isteri masing-masing sebab leka dengan permainan dalam talian tersebut.
Kali ni, kisah yang admin nak kongsikan rare sikit berkaitan perempuan yang pertama kali bermain game ni.
Beberapa hari lepas viral di media sosial, video geng-geng gadis yang bermain PUBG Mobile ni sehingga mendapat 9,174 retweet dan 5,508 likes di twitter.
Ramai netizen geli hati lepas pemilik akaun twitter tersebut iaitu @sarahizyan memuat naik aksi dia dan rakan-rakannya yang lain bermain PUBG.
Tak ada senjata, last-last menyorok dalam rumput..
Apa yang kelakar ialah hanya seorang rakannya yang masih bernyawa dalam permainan tersebut, manakala yang lain sudah mati ditangan musuh dan kalau korang nak tau, kawan dia yang masih hidup tu actually first time main PUBG Mobile ni..yang ni power kahkah!
So kawan-kawan yang sudah mati ni, bersatu hati untuk guide kawan dorang yang masih hidup.
Yang menggelikan hati bila kawannya yang hidup tu tak ada senjata, lastly dorang suruh kawannya yang masih hidup tu menyorok dalam rumput, part paling mendebarkan bila kenderaan musuh lalu kat sebelah, tapi nasib baik tak kantoi.
Korang tengok sendiri video kat bawah ni, tekekek-kekek admin gelak.
“Weh belakang..belakang..belakang..ada orang weh, kau sabar”
bila member kau first time main pubg, squad dah mati sebab kena ambush & dia takda weapon HHAHAHAHHAHA SUMPAH INTENSE WEHH pic.twitter.com/NdOa5mWIu8
— Sarah (@sarahizyan) January 14, 2019
So disebabkan benda tu dah viral, ramai yang mintak sambungan mungkin nak tau nasib kawannya tu kot.
Sambungan video tu korang tengok kat bawah ni, and dia dah tak sexy guys..hahah
“Dah paling noob, paling hidup…”
sebab ramai mintak sambungan so here u go hahahahaha
update: dia dah tak bogel 😂 pic.twitter.com/az9V0HkLB1
— Sarah (@sarahizyan) January 16, 2019
Tapi bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah, so akhirnya lepas berjuang di medan perang, kawannya itu mati.
Namun rata-rata netizen memang terhibur dengan gelagat gadis-gadis ni main PUBG Mobile.
“Atleast kau ada pistol panjang…”
Korang yang gadis-gadis di luar sana masa main PUBG Mobile, ada macam ni tak? Jangan Tipu ehh…hahah
Baca : Kejap, nenek main PUBG ni Netizen Suka Tengok Gelagat Nenek 74 Tahun Layan Cucu Main PUBG

Comments
Post a Comment