“Jap..jap ada lighter tak?..”-Netizen Ketawa Pecah Perut Tengok Gelagat Lelaki Tersangkut Braces Pada Baju Pengantin Lelaki

Bagi mereka yang nak dapatkan gigi yang cantik, braces atau ‘pendakap gigi’ merupakan cara yang terbaik lebih-lebih lagi kalau gigi tu jenis ‘berterabur’ atau jongang tapi banyak pantang larang kalau pakai braces ni.
Semalam viral satu video seorang lelaki ni, aimanazizii mencabut braces yang tersangkut pada baju pengantin lelaki iaitu kawannya yang melangsungkan perkahwinan di Dewan Bunga Telipok Seksyen 23 Shah Alam.
Admin pun tak paham kat mana silapnya, entah macam mana la braces tu boleh tersangkut kat baju pengantin tu kan?
Apa kata korang layan video kat bawah ni.
Kalau korang tengok video tu, nampak mamat tu tengah berpelukan dengan pengantin lelaki dan mungkin waktu tu dia buka mulut so sebab tu la braces dia tersangkut pada baju pengantin tersebut.
Yang member-member dorang boleh pulak bantai gelak kat lelaki kat tersangkut braces pada baju pengantin tu.
“Braces sangkut bodoh!”
“Eh..berapa lama tak jumpa ni..”
“Jap..jap ada lighter tak?”
“Mesti viral ni..”
Video ni kalau korang nak tau dah tular di media sosial twitter dan sehingga kini memperoleh lebih 15,000 retweet dan lebih 200,000 tontonan.
Rata-rata netizen memang gelak sakan lepas tengok video ni, malah sampai menangis lagi sebab kelakar sangat.

Siapa pakai braces lepas ni kalau nak peluk pengantin, make sure tutup mulut tak pun beli puting susu baby tu, confirm tak sangkut hahahah

Comments
Post a Comment